Wednesday 13 November 2013

keharmonian:terancam atau terpelihara?

Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang perlu kita ketahui, cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud daripada tiga sumber iaitu:

i. Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada sesuatu keturunan bangsa.

ii. Masalah yang timbul daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati ada di antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.

iii. Masalah yang timbul daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut.


No comments:

Post a Comment