Wednesday 6 November 2013

1 MALAYSIA: TANGGUNGJAWAB ATAU BEBANAN??

Media memainkan peranan semangat dan peranan yang penting dalam era globalisasi kini kerana ia merupakan medium yang menghubungkan masyarakat dengan dunia. Media juga boleh diibaratkan seperti roda kejap-kejap berada diatas dan bawah. Mereka jugak seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing kerana kalau dilihat mereka sentiasa berlumba-lumba untuk menarik perhatian penonton.
            Media Malaysia pada masa kini yang dilihat berpegang kepada paksi dan demokrasi menunjukkan bahawa kebebasan dalam media adalah ketara dimana perubahan yang agak ketara yang dapat dilihat kira-kira 21 tahun yang lepas sebelum pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Kebanjiran akhbar-akhbar politik seperti Harakah Daily, Suara Keadilan dan sebagainya yang pro pembangkang mahupun akhbar-akhbar pro kerajaan tumbuh bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka menyiarkan berita seolah-olah media ini dibawah kekuasaan mereka sedangkan media di Malaysia tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Penulisan mereka dalam akhbar yang boleh dikategorikan sebagai media tradisional bertambah kuat sokongan dengan adanya media baru seperti internet dan sebagainya yang mudah didengari dan dibaca oleh masyarakat sebagai audien utama. Kebebasa media yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 secara tidak langsung akan membangkitkan semangat perkauman yang jelas-jelas akan menjejaskan semangat perpaduan 1 Malaysia.
            Kerajaan telah memberikan kebebsan kepada media adalah dengan tujuan untuk berkongsi maklumat serta rakyat Malaysia dapat bersaing dan menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi komunikasi dan informasi di Asia Tenggara. Namun begitu kebebsan yang telah diberikan oleh kerajaan pada hari ini telah disalah guna oleh pihak-pihak tertentu yang seolah-olah mencabar kerajaan dan boleh menggugat keharmonian masyarakat yang selama ini terpelihara elok. Mereka menggunakan kemudahan yang disediakan dalam media baru seperti internet dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga menjejaskan perpaduan kaum………(bersambung…..)

             

No comments:

Post a Comment