Wednesday 13 November 2013

benar tau salah??????????????????


Kesalahan merupakan satu benda yang subjektif dan ia membawa maksud yang berbeza bagi sesetengah orang. Setiap orang di dunia ini melakukan kesalahan sama ada disedari ataupun tidak.

Bagi setengah orang, mereka yang melakukan kesalahan adalah seorang yang sangat jahat dan sangat hina di sisi masyarakat dan ada antara masyarakat tidak dapat menerima perbuatan yang mereka lakukan. Ia sama seperti kesalahan mengedar dan menghisap dadah.

Jenayah seperti rogol, mencuri, meragut dan merompak antara jenis kesalahan yang sering dilakukan dan apabila di tangkap ia akan disabitkan kesalahan mengikut akta-akta yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Malaysia telah digemparkan dengan beberapa kes kematian suspek sewaktu dalam tahanan polis. Ia tersebar dengan begitu pantas dan menimbulkan kontroversi sehingga melibatkan pihak-pihak yang berkenaan.

Antara kes tahanan mati yang mendapat liputan meluas daripada media sama ada media cetak dan media eletronik adalah kematian Gopal akibat di soal siasat oleh polis sewaktu dalam tahanan. Gopal merupakan seorang penjenayah yag dikehendaki polis akibat pelbagai kesalahan seperti mencuri kereta, rogol dan lain-lain.

Gopal yang juga suspek mencuri kereta ditangkap di sekitar Subang Jaya Park ditemui mati dalam lokap selepas lima hari di soal siasat oleh polis yang ingin mendapatkan maklumat tentang kejadian tersebut.

Sewaktu dalam tahanan, Gopal tidak tinggal keseorangan dalam lokap tetapi bersama-sama dengan lima lagi tahanan lain yang kesemuanya merupakan samseng.

Mayat Gopal di tuntut oleh ahli keluarga mendiang dan ahli keluarga mendiang telah ke Balai Polis Bukit Aman bersama-sama dengan ahli politik India dari Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional dan menyatakan ketidak puasan hati terhadap tindakan polis dan sudah tidak mempercayai pihak berkuasa lagi.

Gambar mayat Gopal telah diambil dan telah disebarkan dan secara tidak langsung mengakibatkan kontroversi dan ramai pihak yang menyalahkan pihak polis atas kes tersebut. Kira-kira 50 orang terutamanya masyarakat India mengadakan demonstrasi di kawasan parking kereta Bukit Aman. Mereka berkata akan berjuang habis-habisan untuk membela kematian Gopal.

Pada pendapat saya, tindakan yang dilakukan oleh polis terhadap Gopal adalah satu tindakan yang wajar terhadap seorang penjenayah kerana dengan soal siasat, polis akan mendapat maklumat terhadap kes-kes yang tergendala sebelum ini. Dalam kes ini juga, kita tidak sepatutnya menyalahkan polis semata-mata tetapi kita juga harus lihat kepada persekitaran Gopal.

Sewaktu dalam tahanan, dipercayai Gopal tinggal bersama dengan tahanan yang lain yang berkelakuan sama dengan Gopal dan mungkin ada diantara mereka yang mencederakan Gopal.

Namun begitu, sedikit saranan adalah kita boleh menggunakan kekerasan tetapi biarlah bertempat seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

 

No comments:

Post a Comment