Wednesday 30 October 2013

impact of online journalism

 Kenderaan penuh sesak dengan deretan kenderaan yang diletak sesuka hati di kiri dan kanan jalan terutama ketika waktu puncak sehingga mencetuskan pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya. Lebih memburukkan keadaan apabila kesesakan itu semakin bertambah setiap kali bas awam yang melalui kawasan terbabit memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya untuk mengambil dan menurunkan penumpang ekoran laluan yang amat sempit.
Namun begitu, apa yang ingin dibicarakan pada ruangan bestari ini adalah bukan cerita jalan raya, bukan juga cerita suka-suka tetapi ia adalah cerita berfakta dan bukanlah auta.

Kemajuan dunia teknologi sekarang semakin menampakkan tahap yang memberangsangkan seiring dengan kemajuan dalam sektor-sektor lain. Perkembangan ini secara tidak langsung membantu dari segenap perkara.Perkembangan dunia teknologi dan penggunaan laman sosial membolehkan masyarakat berhubung antara satu sama lain dan segala jenis berita akan dapat disampaikan dengan cepat dan pantas tanpa perlu bergantung harap kepada media cetak seperti surat khabar. Majalah dan sebagainya. Mereka hanya perlu klik sahaja dan segala maklumat yang diperlukan akan terpampang keluar kerana dunia sudah berada dihujung jari sahaja.
Penyampaian berita juga semakin mudah dengan adanya online journalism. Namun begitu berapai ramai yang berfikir aoakah kesan yang akan timbul sekiranya online journalism ini digunakan secara berterusan. Terdapat pro dan juga kontra sekiranya ia digunakan secara berterusan.
Sebagai contohnya jika terjadi sesuatu kes seperti gaduh ataupun samseng jalan raya, berita, cerita mahupun video insiden terbabit akan cepat tersebar dan secara tidak langsungnya masyarakat luar terutamanya mereka yang tidak mengetahui cerita yang sebenar akan mudah mengeksploitasi dan menokok tambah cerita supaya bertambah sedap kedengaran.
Hal ini secara tidak langsung akan mengubah stigma masyarakat terhadap sesebuah negara ataupun masyarakat yang selama ini berfikiran positif terhadap perkara-perkara sedemikian.
Persoalannya di sini perlukan diteruskan online journalism ataupun meneruskan tradisi menggunakan media cetak sebagai wadah pemangkin kepada penyampaian berita? Tpuk dada tanyalah selera.

No comments:

Post a Comment